Kuala Berang
Bandar Kuala Berang lot 3573 kampung Tanjung Ptat | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim kuala berang...lot 3573 kampung tanjung putat |
Asal nama | Foloan |
Negeri | Terengganu |
Daerah | Daerah Hulu Terengganu |
Kuala Berang (anggaran populasi: 18764)[1] merupakan sebuah mukim dan ibu daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bandar ini bertindak sebagai pintu masuk ke Tasik Kenyir. Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai di Kuala Berang pada 1899. Kuala Berang cukup sinonim dengan jagung yang terdapat di Kampung Gaong dan juga baung yang ditangkap segar dari Sungai Berang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kawasan ini dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan batu bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hingga ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah mengislamkan ramai penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat. Di sini juga pernah bertapak kerajaan Islam atau lebih dikenali dengan Dinasti Al-Kamil yang dikaitkan dengan seorang ahlul bayt Rasullulah s.a.w dari jurai Al-Hasani iaitu Syarif Muhammad Abdullah Al-Baghdadi yang pernah menjadi khalifah di Kota Baghdad sebelum ke Kuala Berang dengan misi tertentu.[perlu rujukan]
Politik
[sunting | sunting sumber]Kuala Berang membentuk daerah pilihan raya sendiri di Dewan Undangan Negeri Terengganu, yang kini diwakili oleh Yang Berhormat Dr Haji Mamad Puteh dari PAS selepas kekalahan BN pada PRU14. Di peringkat kebangsaan, Kuala Berang ialah sebahagian daripada kawasan Parlimen Hulu Terengganu, yang kini diwakili oleh Yang Berhormat Dato' Rosol Wahid, dari UMNO.
Tempat pelancongan
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai tempat perlancongan di Kuala Berang. Sebagai contoh, Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan). Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun tiga tingkat yang cantik dan mempersonakan yang merupakan daya tarikan utama pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini.
Kampung
[sunting | sunting sumber]- Kampung Alor Kiambang
- Kampung Basung
- Kampung Batu 23, Jalan Kuala Berang
- Kampung Batu 24
- Kampung Baung, Kuala Berang
- Kampung Binjai Kertas
- Kampung Bidur Kuala Berang
- Kampung Bukit Acheh
- Kampung Bukit Aman, Kuala Berang
- Kampung Bukit Beruang, Kuala Berang
- Kampung Bukit Biah
- Kampung Bukit Gemuruh
- Kampung Bukit Nenas, Kuala Berang
- Kampung Bukit Tok Bat
- Kampung Buluh, Kuala Berang
- Kampung Butut
- Kampung Ceting
- Kampung Chapu
- Kampung Dura
- Kampung Durian Bador
- Kampung Dusun, Kuala Berang
- Kampung Felcra Bukit Kapah
- Kampung Gaong, Kuala Berang
- Kampung Gerdong
- Kampung Hulu Sat
- Kampung Jenagor
- Kampung Bukit Gemuroh
- Kampung Kubang Nyior, Kuala Berang
- Kampung Lebak, Kuala Berang
- Kampung Sungai Petai, Kuala Berang
- Kampung Tanjung Putat
- Kampung Kemat
- Kampung Kepah
- Kampung Kuala Akub
- Kampung Kuala Jeneris
- Kampung Kuala Menjing
- Kampung Kuala Ping
- Kampung Kuala Por
- Kampung Kuala Pueh
- Kampung Langgar, Kuala Berang
- Kampung Lerek Kuala Berang
- Kampung Lubuk Pait
- Kampung Matang, Kuala Berang
- Kampung Nasi Dingin, Kuala Berang
- Kampung Nibong, Kuala Berang
- Kampung Padang Ipoh
- Kampung Padang Setar
- Kampung Padang Setebu
- Kampung Pasir Dula
- Kampung Pasir Nering
- Kampung Pasir Nyior
- Kampung Pasir Pelata
- Kampung Pasir Simpul
- Kampung Pauh, Kuala Berang
- Kampung Payang Kayu
- Kampung Pelandan, Kuala Berang
- Kampung Pulau Kudat
- Kampung Rahmat, Kuala Berang
- Kampung Sekayu
- Kampung Sungai Berua
- Kampung Sungai Ular, Kuala Berang
- Kampung Tajin
- Kampung Tanjong Baru
- Kampung Tanjung Baru
- Kampung Tapah, Kuala Berang
- Kampung Telaga
- Kampung Temir
- Kampung Tengkawang
- Kampung Teris, Kuala Berang
- Kampung Tok Bintang
- Kampung Tok Lawit
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Bandar Kuala Berang pada era 60-an.
-
Pasar minggu Kuala Berang yang hanya dibuka pada setiap hari sabtu.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dept. of Urban and Rural Planning, Terengganu State Government. Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005-2015 (Malay), 2005
- Senarai Kod Mukim/Daerah Diarkibkan 2009-11-14 di Wayback Machine